Friday, January 23, 2009

BERPADA-PADA DENGAN REZEKI ALLAH

Jangan sesekali kita kesal atau kecewa dengan ciptaan ALLAH sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Jika kita mengeluh, sedangkan kita sedang menikmati rahmat-NYA, bermakna kita TAMAK dan MENUTUP MATA atas nikmat yang telah kita miliki selama ini.

Sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada. Setiap manusia sudah ada bahagian masing2 yang dikurniakan ALLAH. Daripada ABU HURAIRAH katanya, "Rasulullah bersabda yang bermaksud, LIHATLAH KEPADA ORANG YANG LEBIH RENDAH DARIPADAMU DAN JANGAN MELIHAT KEPADA ORANG YANG LEBIH TINGGI. ITULAH TEMBOK YANG KUKUH SUPAYA KAMU TIDAK MENGHINA PEMBERIAN ALLAH KEPADAMU." (Riwayat Bukhari)

Dalam apa jua perkara, kita hendaklah bersifat qana'ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana setiap sesuatu itu ada hikmah tersendiri. Hayatilah firman ALLAH yang bermaksud..."BOLEH JADI KAMU BENCI PADA SESUATU PADAHAL IA BAIK UNTUK KAMU, DAN BOLEH JADI KAMU SUKA KEPADA SESUATU PADAHAL IA BURUK BAGI KAMU. DAN (INGATLAH), ALLAH JUALAH YANG MENGETAHUI (SEMUANYA ITU) SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI."(Surah al-Baqarah :216)


Andainya anda berusaha dan berusaha tapi masih lagi belum berjaya. JGN BERSEDIH, JGN CEPAT MENGALAH. Kita merancang sedangkan perancangan ALLAH adalah yang terbaik buat kita. KITA BUAT, BERDOA DAN BERTAWAKAL. INSYALLAH KEJAYAAN ITU PASTI MILIK KITA....^_^

No comments: