Wednesday, February 25, 2009

fikir2 renung2

Memetik kata2 irfan khairi di blognya :"Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini"-Irfan Khairi

yA, BETUL!!! itu lah sebenarnya apa yang kita cuba bawak, cuba terangkan, cuba berkongsi dengan semua kawan-kawan, sedara sesama bangsa, ugama...utk cuba kluar dari kepompong ZON SELESA..kluar dari acuan yang dah diterapkan dalam minda kita..kluar U mesti cari keje. Keje makan gaji sampai ke pencen..

Kita bersyukur bila kita diajak dengar BAGAIMANA UTK CARI DUIT....BAGAIMANA KELUAR DARI BELENGGU HUTANG...Kita dengar TAPI apa alasan kita bagi antaranya...

TAK MINAT BIZ MLM.BIZ LOW CLASS. BIZ CARI2 ORANG.BIZ JUAL2 BARANG.

Dah kata biz mesti ada ORANG yg membeli. Mesti ada Barang nak dijual.Kita jual makanan ayam pun yang datang beli ORANG bukan ayam....:p

MLM dan NETWORK pula adalah satu konsep biz sekarang. MULTILEVEL MARKETING.Kita ambik insurans ada MLM disitu ada network, kita beli kain kat Jalan TAR ada MLM ada juga network..rangkaian pemborong..pembeli, kita beli tudung kat ofis pun ada MLM ada gak network.KITA TAK SEDAR.Terlalu sempit pemikiran kita. Kita belajar tinggi-tinggi tapi minda kita tertutup. Bila sebut MLM terus TUTUP MINDA!. TERUS BLOK FIKIRAN! "no - no..if u nak sharing psl biz MLM..i tak minat".

Berkongsi satu cerita pertemuan seorang kak "S" yang dulunya menceburi MLM tapi seblum sempat kejayaaan di capai, dia berhenti separuh jln dan alasan MLM ni tak sesuai utk dirinya. Tapi bila ditanya apa biz yang dia jalankan sekarang, dgn bangga dia kata "akak buat biz trading - tudung/jubah, kalau adik minat bolehlah jadik pemborong akak. Harga ikut kuantitilah. Adik borong byk ni, bonus/komission sekian2.Adik introduce kawan, akak akan bagi lagi komission dan dia cuba lari dari alasan dia sebelum ni dengan menyatakan ..ini bukan multilevel tapi single level.....hehehhe..sendiri terkena lahhh!!!".

Dalam hati k.engku berkata - tu bukan multilevel??? Dlm biz haio ni sama juga. Kita adalah pemborong sbb dgn jadik pemborong sahaja anda menikmati diskaun/bonus yg besar dan seterusnya kita introduce kawan2 utk sama2 menikmati diskaun /bonus .Kawan kita dapat bonus 1 dan kita pulak dibayar komission atas introduce kawan.Membina rangkaian network anda sendiri. Jadi APA BEZANYA biz trading akak tu tadi dengan biz hai-O??
Itulah yg dikatakan konsep/trend biz sekarang. MULTILEVEL dan Network marketing.

dan Dalam biz haio nie kita diberi pilihan..anda nak jadik penjual..anda leh wat direct selling..anda nak jadik bizman..usahawan...anda perlukan modal...anda jadik pemborong..SO PILIHAN atas kita...

dan mcm-mcm lagi alasan yang diberi. Dan yang k.engku rasa paling tak wajar bila alasan yang diberi ialah.....>>>>>>MAK/AYAH tak bagi. Suami / ISteri tak izinkan. Kawan-kawan kata tak payahlah masuk. Rujuk komen-komen negatif dari Internet.

Wajarkah kita biarkan orang lain yang bentuk apa yang kita nak dalam hidup kita.Apa impian kita. Apa cita2 kita. Kita melenting bila mak/ayah komen bakal suami kita dulu, marah bila mak/ayah masuk campur kat mana kita nak sekolahkan anak kita. Kita marah bila husband cakap kita tak reti buat itu, tak reti buat ini. Kita sakit hati bila kawan kita sibuk pasal kita kena marah ngan bos. Jadi KENAPA DALAM HAL YANG MELIBATKAN PEKARA PENTING - DUIT, kita jadikkan mereka sebagai rujukan sebagai penentu keputusan kita, pencorak hidup kita.
  • Bila kita tetiba diberhentikan keje, bila kita tak cukup duit > BERANI tak kita balik kampung minta duit ngan mak ayah.
  • Bila kita nak shopping barang yang kita suka tapi tak cukup duit sebab duit habis dibelanjakan utk perbelanjaan rumah > BERANI tak kita pergi cakap kat suami DUIT KITA DUIT KITA, DUIT DIA DUIT KITA. Dia yang sepatutnya bayar semua perbelanjaan rumah. Kenapa kita - isteri yang perlu berkorban keje 8 jam, dpt duit habis utk komitment rumahtangga.
  • Bila suami bagi alasan yang isteri tak bagi > Bukan ke tanggungjawab mencari nafkah itu terletak atas bahu lelaki.Kenapa perlu minta izin isteri utk cari DUIT, utk jadi KAYA.
  • Bila kita tak cukup duit nak bayar duit nursery > BOLEH ke kita pergi cari kawan-kawan kita yang pandai bagi nasihat tentang hal kewangan utk tlg bayar duit nursery.Tlg bayar hutang2 kita yang tertunggak.
Betul!!! Duit banyak tak menjamin kebahagian.Tapi tanpa duit, sikit demi sedikit ada yang hilang kebahagian. Rumahtangga kacaubilau sebab duit. Ada anak yg lari dari rumah sbb duit. Ada anak yang merempit sbb tak cukup duit. Rumah sempit. TENSION.! Tapi YA yang plg penting kita balance out - Duit dan Kebahagiaan. Tapi kita keje pun sbb duit. OT tu sbb nak cari duit xtra. TUkar keje lain pun sbb nak duit. Apa pun pendek kata DUIT! DUIT ! DUIT!

Anak cerita cuti sekolah kawan pergi melancong sana sini.Anak kita duduk rumah, tak pun balik kampung. Anak cerita kawan sekolah dapat hadiah harijadi computer dari mak ayah. Kita hanya mampu bagi kek.Anak cerita ada guru tusyen datang mengajar kat rumah kawan dia. Anak kita belajar sendiri. Anak tanya KENAPA KITA DUDUK RUMAH KECIL. KENAPA KITA PAKAI KETA KECIL.KENAPA KITA SELALU TAK CUKUP DUIT. Apa jawapan kita.????

Kita buat biz nie..bukan sahaja utk kita..tapi yang penting untuk anak-anak kita. Masa depan anak kita. Dengan DUIT kita boleh beri pendidikan yang terbaik utk anak. Hantar belajar ke Universiti yang terbaik tanpa perlu dapatkan pinjaman. Anak belum masuk sekolah../belum masuk u..kita dah bagi satu hutang kat dia..hutang PTPN lah..pinjaman negeri lah..mcm2. Macam mana lah nak senang. Keluar bekerja gaji baru RM1000+. Dah kena bayar hutang pendidikan. Nak kawin hutang. Nak beli keta buat hutang lagi. LAGI LAMA KITA KEJE MAKAN GAJI, LAGI TINGGI BUKIT HUTANG KITA.

Bila kita keje mkn gaji..disebabkan duit tak cukup2.Kita jadik orang yang pentingkan diri sendiri. Kita hanya nampak..kita dan keluarga kita. Macam mana dengan mak ayah kita, boleh ke kita bagi duit utk diaorng pegi haji. Macam mana dengan adik beradik kita, cukup ke duit .Macam mana dengan kawan2 kita. Macam mana jiran kita.KITA TAK PEDULI. Yang kita tahu AKU DAN KELUARGA.Cuba bayangkan sekiranya semua org MELAYU berpandangan sama mcm kita tuu.....Sapa nak tlg org miskin..sapa nak biayai anak yatim...sapa nak derma kepada OKU.

Sebab tu dalam islam ditekankan 9/10 punca rezeki datang dari berniaga.Sbbnya bila kita berniaga kita dekat denganNYA...kita dekat dengan MANUSIA. Bila berniaga...kita banyak bergantung /berharap/berdoa kepada ALLAH. Bila berniaga..kita lembut hati..kita ramah..kita jaga tingkah laku..jaga tutur kata.

Ada jugak yang bagi alasan..kata zaman gawat..ekonomi negara meleset..tak boleh joint haio. Gawat tetap gawat...ekonomi negara mmg tetap meleset tanpa anda joint haio pun.Kita tak boleh nak kontrol ekonomi negara tapi kita boleh kontrol ekonomi sendiri. Ada org ATAS SANA peduli hutang anda keliling pinggang...ADA ORG ATAS SANA kisah anda tak cukup duit.,..ADA DIORG PEDULI harga barang naik..menyusahkan anda..skrg isu tol pulak naik..nampak takkk...ADA DIORG PEDULI...NO!

DENGAN DUIT.,..byk benda yang kita boleh buat...kita boleh lakukan..kita boleh capai...

Tapi takper anda diberi PILIHAN.diberi PELUANG.Anda tolak.Yang ruginya anda.Yang susahnya anda...jadi tepuk dada tanya akal..tanya hati..tanya minda ANDA..bukan org lain.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.