Sekadar berkongsi...petikan dari laman web http://ikhwantoday.com. Sbbnya bila kita berkongsi tentang biz..tentang duit yg dicari..kekayaan yang kita nak kejar..ada jugak yg komen takper..duit tak boleh bawa mati..tak kaya pun takper..cukuplah duit yg ada ....emmm
Dalam kitab ada menyebut bahawa Hadis Rasulullah SAW ada memberitahu:Maksudnya: Bukanlah kebaikan itu orang yang meninggalkan dunianya kerana Akhiratnya dan tidak juga orang yang meninggalkan Akhiratnya kerana dunianya sehinggalah memperoleh kedua-duanya sekali. (Riwayat Ibnu Asakir)
Dunia pun kita hendak, Akhirat pun kita hendak.Janganlah tinggalkan dunia kerana Akhirat. Begitulah juga jangan tinggalkan Akhirat kerana dunia. Tuhan suruh kita mengambil kedua-duanya sekali iaitu dunia dan Akhirat.Akhirat memanglah kita tidak boleh nafikan tapi kita kan tinggal di dunia sekarang, hendak fikir juga tentang dunia.Akhirat, Akhirat juga. Dunia, dunia juga. Jangan lupa kedua-duanya.Kalau kita tidak ada harta dunia, Akhirat kita pun tidak sempurna. Habis bagaimana hendak berzakat, kalau kita tidak ada harta?Kalau kita tidak ada harta, bagaimana hendak naik haji.Bagaimana hendak membuat kebaikan kalau tidak ada duit.Ambillah dunia, tapi jangan sampai lupa Akhirat.Dia itu asyik ibadah sahaja, apa anak isteri hendak makan?Ibadah, ibadahlah. Bekerja kena juga untuk mencari rezeki.Siapa hendak memberi makan anak isteri?
Akhirat itu Akhirat yang macam mana? Dunia pun dunia yang macam mana.Islam mesti ada peraturan mengenai kedua-duanya. Islam adalah ajaran yang indah, selamat menyelamatkan. Mengambil kedua-duanya mesti ada caranya.
...more http://ikhwantoday.com/minda/index.php?pageNum_minda_terkini=14
No comments:
Post a Comment