Wednesday, January 14, 2009

MATLAMAT

Matlamat hidup kita mungkin satu atau mungkin pelbagai mengikut kesesuaian dengan kedudukan atau keadaan kita. Jika kita hanya ada satu matlamat dalam tindakan kita, kita mungkin akan mengalami kekecewaan bila matlamat itu tidak tercapai.Jika kita ada banyak matlamat yang ingin dikecapi, sekiranya kita gagal dalam satu matlamat hidup, kita masih mempunyai matlamat yang lain.

Kehidupan yang bersandarkan matlamat mencari KEREDHAAN ALLAH S.W.T pasti kita tidak akan disia-siakan kerana ALLAH akan menunaikan janji-janjiNYA.Sebaliknya jika matlamat hidup besandarkan kepada manusia, impian kita itu belum tercapai, bahkan akan jadi sia-sia.

Manusia tidak berkuasa memenuhi segala keperluan yang kita impikan. Oleh itu kita perlu melebarkan dan meluaskan target kehidupan dengan meletakkan keredhaan ALLAH S.W.T di kedudukan teratas.

^_^

No comments: