Assalamualaikumwaramatullahiwabarakatuh ya sahabat dialam siber. Pejam celik, diam tak diam, sedih,gembira, sihat, sakit...kita akan sampai ke penghujung tahun 2014. Apa pengalaman yang kita dapat disepanjang tahun 2014??
Tahun 2014, tahun yang penuh cabaran. Bukan sahaja kita diuji secara individu, sebagai rakyat Malaysia untuk pertama kalinya dalam sejarah kita diduga MH370...MH17. Ianya akan menjadi satu kenangan, satu sejarah yang tak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila. Banyak juga berita-berita yang mengejutkan, berita-berita kematian yang kita terima dan kita lalui. Walaupun hakikatnya kematian itu satu kepastian tetapi ianya tetap mengejutkan.
Tahun 2014, mak mertua di serang strok. selama 8 bulan kami, anak-anak dan menantu menjaga mak, akhirnya pada 3hb 10, ALLAH menjemputnya kembali.Itulah yang terbaik buat mak. Sedih memang sedih kerana setiap perpisahan memang menyedihkan. Semoga arwah mak diampunkan dosa dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH buat arwah "siti rokiah binti mohamood".
Kita berharap biar apa pun yang kita lalui, cubaan dan duggan, pahit manis..kita doa
dan kita berharap ianya jadi satu pengajaran buat kita supaya dengannya
menjadikan kita HAMBA YANG LEBIH DEKAT KEPADA PENCIPTANYA.
Buat semua pengunjung, pembaca, pembeli di blog kakengku nie. TERIMA KASIH . MAAF sekiranya ada tulisan yang tidak menyenangkan. MAAF sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan produk yang telah dibeli. Hakikatnya kakengku hanya berkongsi kebaikan.kuasa menyembuhkan tetap di tangan ALLAH s.w.t
Jangan jemu dengan blog ini. Teruskan membaca.In sha allah, ada kesempatan kakengku akan update lagi cerita kebaikan produk-produk yang lain lagi dan In sha allah ada rezeki, kita jumpa lagi ditahun 2015.
DARI DIA KITA DATANG.
DARI DIA KITA PERGI
SAMPAI MASA KITA PULANG....
No comments:
Post a Comment