Thursday, March 26, 2015

GARLIC@BAWANG PUTIH

KELEBIHAN BAWANG PUTIH


ANTIBAKTERIA 
Bawang putih terkenal dengan sifat antibakteria dan antivital. Ia membantu kawal jangkitan bakteria, wabak penyakit berjangkit, kulat dan jangkitan cacing. Bawang putih segar dipercayai boleh membantu mengelakkan keracunan makanan denganmembunuh bakteria seperti E. coli dan Salmonella enteritidis


MERAWAT JANGKITAN KULIT
Bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih mampu rawat jangkitan pada kulit seperti ringworm


MENGURANGKAN TEKANAN DARAH
Angiotensin II adalah sejenis protein yang bantu saluran darah mengembang dan meningkatkan tekanan darah. Allicin, bahan kimia dalam bawang putih bantu elakangiotensin II berfungsi dan bantu rendahkan tekanan darah. Polysulphides, bahan kimia yang ada dalam bawang putih ditukarkan kepada bentuk gas dipanggil hydrogen sulphide oleh sel darah merah. Hydrogen sulphide membesarkan saluran darah dan bantu kawal tekanan darah


MELINDUNGI JANTUNG
Bawang putih melindungi jantung dari masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan atherosclerosis. Ciri-ciri perlindungan ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Melalui faktor umur, arteri semakin lama semakin sukar mengembang. Bawang putih boleh kurangkan masalah ini dan mungkin boleh bantu lindungi jantung dari kesan buruk radikal bebas.  Bahan kimia yang mengandungi ciri sulfur dalam bawang putih mampu elak saluran darah dari tersumbat dan melambatkan prosesatherosclerosis(arteri mengeras). Ciri-ciri anti gumpal pada bahan kimia dlm bawang putih elak gumpalan terjadi dalam saluran darah.


MERENDAHKAN PARAS KOLESTROL
Bawang putih boleh merendahkan paras triglycerides darah dan kolestrol dan kurangkan pembentukan plak arteri


MELAWAN ALERGI
Bawang putih dikenali dengan ciri-ciri anti radang. Ia membantu badan melawan alergi. Ciri-ciri ini adalah terhasil dari diallyl sulphide dan thiacremonone. Bawang putih didapati boleh meningkatkan keberkesanan kepada radang alergy rhinitis. Jus Bawang putih mentah boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada ruam atau gigitan serangga

.
DIABETES
Bawang putih meningkatkan penghasilan insulin dan mengawal paras gula dalam darah pesakit diabetes.

MENGURANGKAN RISIKO BARAH
Pengambilan bawang putih setiap hari didapati boleh mengurang risiko terkena barah. Ia ada ciri-ciri anti barah kerana terdapat allyl sulphides ada dalam bawang putih. PhlP, sejenis heterocyclic amine (HCA) adalah bahan yang dikaji meningkatkan risiko barah payu dara dikalangan wanita. Menurut satu kajian, diallyl sulphide didapati di dalam bawang putih boleh menghalang pembentukan/penukaran PhlP kepada karsinogen


MENINGKATKAN FUNGSI IRON
Ferroportin adalah protein yang bantu dalam penyerapan dan pembebasan iron.Diallyl sulphides dalam bawang putih tingkatkan penghasilan ferroportin dan bantu tingkatkan fungsi iron


MENGAWAL PENGHASILAN LEMAK/MEMBANTU MENGAWAL BERAT BADAN
Banyak kajian mendapati obesiti juga adalah salah satu radang peringkat rendah untuk jangka masa yang lama. Menurut kajian juga, bawang putih boleh bantu kawal penghasilan sel lemak dalam badan. Pre-adipocytes ditukar ke sel lemak melalui sistem radang. Ciri-ciri anti radang di dapati dalam bawang putih boleh bantu elak pertukaran ini. Ia mungkin boleh elak penambahan berat badan.

Penggunaan bawang putih setiap hari boleh mengurangkan kebarangkalian terkena demam dan selsema. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria dalam merawat tidak selesa pada tekak. Bawang putih juga mengurangkan jangkitan pada saluran pernafasan dibahagian atas. Ia juga membantu mengurangkan masalah asma dan susah nak bernafas menyebabkan ia menjadi bahan yang amazing

"Banyak kebaikan bawang putih ni.Tapi bukan semua orang "lalu" makan bawang nie. Paling mudah carik supplement berasaskan bawang putih mcm HAI-O GARLIC ni. Senang jer nak makan, 2biji /2kali sehari . tu jer. kak engku makan ni sejak 2mnggu lepas sebab tak sihat , doktor diagose irregular heart beat due to silap makan ubat asthma. Tak der ubat u, just rehat and no worries. Tu pesanan doktor. Tengok2, belek2 baca2 baru perasan haio pun ada jual supplement berasaskan bawang putih. Alhamdulillah..makan supplement ni sedikit sebanyak membantu.Selain dari tu, elok gak untuk kluarkan angin..sendawa jer"

Hai-O Garlic
RM38/80 Biji


No comments: