Antara kandungan dalam artikel tersebut......Dalam satu kisah ketika Ibrahim bin Adham (ahli sufi yang masyhur) berada di tengah pasar Basrah beliau dikerumuni orang ramai. Antara mereka ada yang bertanya :"MENGAPAKAH DOA MEREKA TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH PADAHAL MEREKA SELALU BERDOA KEPADANYA?".
Beliau menjawab :"KERANA HATI KAMU BUTA DISEBABKAN SEPULUH PERKARA, IAITU:
- Kamu mengenal ALLAH tetapi kamu tidak tunai hak-NYA
- Kamu sangka bahawa kamu cinta kepada RASULULLAH s.a.w tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu sudah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu sudah makan nikmat ALLAH tetapi kamu tidak tunaikan syukur-NYA.
- Kamu sudah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
- Kamu sudah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
- Kamu sudah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari darinya.
- Kamu sudah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
- Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
- Kamu kebumikan mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.
Untuk renungan kita bersama. :)
No comments:
Post a Comment