Berkongsi kata-kata, pendapat Prof Diraja Ungku Abdul Aziz dalam wawancara khas mengenai RMK-9....
"Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang untuk membasmi kemiskinan dengan peruntukan yang besar,tetapi soalan yang penting yangharus ditanya oleh semua orang sekarang. APAKAH MASYARAT...AKAN MEREBUT PELUANG2 ini?????.Ini akan banyak bersangkut kepada kesungguhan diri. Kita harus MENUKAR SIKAP orang tentang KESUNGGUHAN.Orang melayu harus menukar MINDSET......SIKAP kita sendiri...
Allahyarham Prof.Nik Abdul Rashid Nik Majid dalam analisisnya mengatakan ada 3 jenis kemiskinan:-
1) Kemiskinan semulajadi - dari faktor sumber alam semulajadi
2) Kemiskinan yang dikenakan - apabila SESEORANG TIDAK MELAKUKAN SESUATU walaupun BERDAYA dan MAMPU
3) Kemiskinan yang dicari - ORANG SEDAR PERBUATANNYA mendatangkan KEMISKINAN tetapi DIA BUAT JUGA.
Orang melayu mesti KIASU sedikit. MESTI ADA PERASAAN MAHU BERJAYA, TIDAK KIRA APA JUGA HALNYA DAN TIDAK PEDULIKAN ORANG LAIN. Orang melayu mesti mula berfikir mementingkan diri sendiri.
Orang melayu mudah berubah dan memberikan respons yang lebih baik dengan PAKSAAN berbanding PUJUK RAYU.Kalau kita pujuk memujuk, nanti ada pelbagai alasan macam loyar buruk. Orang melayu memerlukan orang yang boleh mengatakan:"BUAT".
Orang melayu tidak boleh lagi segan.Kita mesti TEGAS dan BERANI mengatakan bahawa kita orang melayu, dan kita mahu menakluki dunia.
Kita mesti melahirkan lebih banyak usahawan yang naik dan jatuh kerana mereka berani mengambil risiko. KEBERANIAN itulah yang yang akan MENENTUKAN seseorang USAHAWAN itu berjaya atau kurang berjaya atau rugi tetapi mampu bangun semula. Kalau mahu jadi usahawan kita mesti KIASU. KALAU UNTUNG UNTUNG, KALAU RUGI, SANGGUP BANGUN SEMULA. "
------------------------------------------------------------------------------------------------
Komen k.engku.....bila kita berdoa...untuk dimurahkan rezeki..kita didatangkan dengan satu peluang yang baik utk keadaan masa dan ketika itu......kita mampu..tetapi kita tolak dengan pelbagai alasan.1001 mcm alasan...dan kita sedar bila kita menolak peluang..kita sebenarnya mencari kemiskinan.....dengan komitment hutang kita..dengan komitment kos sara hidup yang tinggi.kita tak perlu merungut harga barang2 naik..kita tak perlu mengomel gaji tak naik..kita tak perlu sakit hati...sebabnya sakit tu kita yang cari..miskin itu kita yang NAK. ^_*
------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment